Monday, 1 February 2016

BAB 1: PENGENALAN


1.1.1 PENGENALAN


      Laporan ini menerangkan aktiviti yang dijalankan sepanjang 20 minggu latihan industri di Jabatan Pemasaran & Jabatan Teknologi Maklumat di Gummi Metal Technik (GMT) Kuala Kangsar Perak. Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPT.  Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester (20 minggu). Tujuan latihan industri ini disediakan adalah sebagai panduan dan bimbingan kepada pelajar yang akan menempuhi alam pekerjaan sebenar. Diharapkan dengan adanya latihan industri seperti ini, setiap pelajar dapat menimba ilmu yang diperolehi untuk dimanfaatkan setelah mereka mendapat pekerjaan kelak.
     Saya Muhammad Nazreen Bin Mohamed Sari pelajar Diploma Teknologi Maklumat Pengaturcaraan di Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang. Pelajar Politeknik mesti lulus dalam peperiksaan akhir tiga semester ataupun cukup 42 jam mata kredit untuk layak menjalani Latihan Industri. Para pelajar berhak memilih pelbagai organisasi kerajaan atau swasta. Walaubagaimanapun, tempat latihan yang sesuai atau yang diingini oleh pelajar adalah bergantung kepada faktor-faktor berikut:


  1. Kesediaan firma atau jabatan menerima pelajar.
  2. Kekosongan tempat latihan yang dipohon.
  3. Permintaan dari firma atau jabatan tertentu yang didapati sesuai dengan kursus          yang diikuti pelajar di institusi pengajian.                                                                                                                                                                                  
     Tujuan utama buku panduan Latihan Industri disediakan adalah untuk memberi bimbingan kepada pelajar yang akan menjalani latihan industri supaya bersedia menempuh segala cabaran di alam pekerjaan dan sentiasa akur dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik dan juga jabatan atau firma berkenaan. Dengan buku panduan ini, para pelajar dapat menangani segala kerumitan yang mungkin timbul dan seterusnya meneruskan Latihan Industri dengan berjaya.


1.1.2 Objektif Latihan Industri




    1. Memberi pendedahan alam pekerjaan kepada pelajar.
    2. Meluaskan lagi pengetahuan teknikal pelajar dalam kos yang diambil.
    3. Melatih pelajar menangani masalah atau konflik ketika melalukan apa-apa pekerjaan untuk mereka bakal hadapinya pada masa depan di alam pekerjaan.
    4. Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang dipelajari ketika dalam kuliah dengan praktikal yang dilakukan.
    5. Memberikan pelajar lebih minat dalam bidang yang diceburi diinstitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui pendedahan praktikal mereka.
    6. Dapat membekalkan pelajar dengan pengetahuan yang diperolehi ketika praktikal dan dapat memberikan manfaat kepada mereka ketika mereka memulakan alam pekerjaan.
    7. Menambahkan keyakinan diri.
    8. Menanamkan sifat amanah dan tanggungjawab.
    9. Memberikan keberanian ketika menghadapi apa-apa konflik yang dihadapi.
    10. Menyuntik semangat pelajar untuk lebih minat menceburi bidang yang diceburi.
    11. Dapat menerbitkan keyakinan diri dari masa ke semasa .
    12. Latihan industri ini berkait rapat dengan melatih diri untuk bergaul secara koprat atau tidak. Selain itu, menanam semangat untuk kerja berpasukan di bawah satu bumbung.

    1.1.3 Objektif Laporan Latihan Industri


                Latihan industri adalah wajib bagi semua pelajar di Politeknik. Pelajar yang terlibat dalam latihan industri ialah pelajar diploma semester 4 dan semester 6 mengikut kursus masing masing.Disamping itu, pelajar yang melalui latihan industri perlu menyediakan laporan mengenai latihan industri yang dijalankan sepanjang berada di organisasi tersebut. Laporan ini mengandungi catatan latihan teknikal yang dilakukan oleh pelajar, latar belakang syarikat, kepentingan latihan industri, dan sebagainya. Disini saya ingin menjelaskan beberapa objektif laporan latihan industri:-

    1) Bertujuan merekod atau catat apa yang dilakukan ketika latihan teknikal dilakukan.
    2) Menerangkan secara terperinci setiap langkah yang dilakukan ketika latihan teknikal.
    3) Selain itu, objektif Jurnal Refleksi Harian latihan industri ini juga untuk membantu penyelia organisasi menilai setiap kerja atau tugasan yang dilakukan oleh pelajar. Jurnal Harian tersebut perlu dihantar kepada penyelia berkenaan pada setiap hari atau dua minggu sekali untuk disemak dan tandatangan.
    4)  Laporan latihan industri ini juga dapat memudahkan pensyarah kerja atau aktiviti pelajar semasa menilai pelajar selepas menjalani latihan industri.
    5)  Dapat dijadikan bahan rujukan selepas sahaja tamat latihan industri. Supaya ilmu yang diperlajari tidak di sia-sia begitu sahaja.
    6)  Dapat mempraktikkan apa yang dipelajari dari semester 1 hingga semester 3.

               

    1.1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

               
         Menjalani latihan industri merupakan syarat wajib bagi setiap pelajar politeknik. Ia wajib disempurnakan oleh pelajar yang mengikuti kursus Diploma. Bagi kursus DiplomaTeknologi Maklumat, ia wajib menjalani kursus latihan industri pada semester ke 4.
       Ketika menjalani Latihan Industri selama 5 bulan, pelajar bukan sahaja didedahkan kepada alam pekerjaan tetapi juga dapat mempraktikan segala teori dan amali yang dipelajari di Politeknik. Semasa di Politeknik, pelajar didedahkan secara am dan amali tetapi dengan menjalani latihan industri ini juga pelajar dapat mendedahkan para pelajar tentang suasana alam pekerjaan yang sebenar.
       Latihan industri ini juga penting agar pelajar tidak takut untuk menghadapi apa-apa kesilapan ketika melakukan kerja. Ini kerana sekiranya pelajar berkenaan telah melakukan kesilapan, ia akan belajar daripada kesilapan tersebut dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa akan datang.
       Latihan industri juga mendewasakan para pelajar yang bakal bergelar pekerja dan sebagai pendedahan awal kepada para pelajar untuk bersikap lebih matang. Ia memberikan impak mendalam dalam memupuk semangat kerjasama dalam pasukan dan mendidik pelajar yang bakal menjejaki alam pekerjaan supaya menghormati antara satu sama lain terutama pekerja yang lebih senior atau pegawai yang berpangkat tinggi.







    Unknown Web Developer

    Merupakan seorang pelajar yang berdedikasi tinggi dan komited dalam segala tugasan yang diberi.

    No comments:

    Post a Comment