Monday, 18 April 2016

Penghargaan


PENGHARGAAN


Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dengan ini saya Muhammad Nazreen Bin Mohamed Sari (21DIP14F11138) pelajar Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang yang mengikuti kursus Diploma Teknologi Maklumat Pengaturcaraan (DIP) telah berjaya menamatkan sesi Latihan Industri di Gummi Metall Technik Sdn. Bhd. selama satu semester.

             Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada seluruh kakitangan Gummi Metall Technik Sdn. Bhd. terutamanya kepada Puan Shaharizat selaku penyelaras pelajar praktikal kerana sudi menerima saya untuk menjalani latihan industri di Gummi Metall Technik Sdn. Bhd. Tidak dilupakan juga kepada seluruh kakitangan yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan dan berkongsi ilmu mengenai selok belok kerja dan tugas yang harus saya lakukan sepanjang saya menjalani latihan industri di Syarikat tersebut. Tanpa bantuan mereka sudah pasti saya tidak dapat menjalani latihan industri ini dengan jayanya seperti ini.

         Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Politeknik terutamanya kepada para pensyarah di Unit Perhubungan Dan Latihan Industri kerana telah memberi kelonggaran kepada saya untuk mencari sendiri tempat untuk melakukan latihan industri.  Begitu juga dengan nasihat dan tunjuk ajar dengan mengadakan sesi taklimat untuk menjalani Latihan Industri dan kaedah penyediaan untuk menyiapkan sebuah laporan Latihan Industri yang lengkap dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. 

          Sekalung budi ditujukan kepada semua pensyarah di Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang khususnya kepada pensyarah yang mengajar modul softskills latihan industri saya iaitu Pn Syuhada kerana telah banyak memberikan sokongan, bantuan, semangat dan nasihat kepada saya dan rakan-rakan sekelas sebelum kami menjalani latihan industri. Tidak lupa juga kepada semua pegawai latihan industri kerana telah menguruskan tempat latihan kami. Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang membantu saya sehingga terhasilnya laporan ini. 
Unknown Web Developer

Merupakan seorang pelajar yang berdedikasi tinggi dan komited dalam segala tugasan yang diberi.

No comments:

Post a Comment