Tuesday, 12 April 2016

BAB 5: DAPATAN DAN CADANGAN


DAPATAN DAN CADANGAN
             Terima kasih saya ucapkan kepada pihak Gummi Metall Technik yang telah memberi peluang kepada saya untuk menjalani Latihan Industri di syarikatnya. Saya telah ditempatkan di Jabatan Pemasaran dan Jabatan Teknologi Maklumat. Sepanjang saya menjalani Latihan Industri banyak maklumat dan pengetahuan yang telah saya peroleh.
             Walaupun begitu, masih terdapat kekurangan yang perlu diperbaiki agar kerja di sini menjadi lebih lancar. Ingin saya mengemukakan beberapa cadangan dan saranan untuk dipertimbangkan bagi pihak syarikat:

  • Pengurusan Fail Tidak Sistematik
          Semasa saya ditempatkan di Jabatan Pemasaran saya dapati pengurusan fail dan dokumen di pejabat tidak sistematik. Proses pencarian fail yang ingin digunakan semula mengambil masa. Dokumen tidak disusun ditempat yang sepatutnya. Cadangan saya ialah supaya staf di Jabatan Pemasaran susun fail label mengikut abjad dan letakkan di almari khas. Ini dapat mengurangkan masa pencarian semula.

  • Kekurangan Technician Komputer
          Semasa saya ditempatkan di Jabatan Teknologi Maklumat, saya dapati kekurangan technician komputer menyebabkan kerja staf menjadi lambat. Hanya ada seorang technician untuk selesaikan masalah seperti masalah pencetak, troubleshoot network, install software, kemaskini sistem UBS, backup data dan masalah berkaitan komputer. Cadangan saya ialah supaya syarikat mengambil seorang lagi technician komputer supaya masalah diatas dapat ditangani dengan lebih cepat. 

Unknown Web Developer

Merupakan seorang pelajar yang berdedikasi tinggi dan komited dalam segala tugasan yang diberi.

No comments:

Post a Comment